Wednesday, December 2, 2009

RON 95 vs RON 97 vs V Power (RON 100)

perbualan bersama my pomen is as follows:

Aku: Jon, keta lu pakai RON 95 ker RON 97?
Pomen: Huh...
Aku: Awat?
Pomen: Mula-mula dulu memang la aku pakai RON 95. Yelaa, murah la sket kalau nak pakai RON 97 tuh. Aku pakai sejak launch sampai ujung bulan 10.
Pomen: Ko pusing kanan sini. (sambil guide aku untuk test drive)
Aku: Power kurang ker? Setakat power kurang, aku pun tak heran sangat. Nak power-power sangat pun nak gi mana.
Pomen: Aku tadahal sangat pasal power nih pasal aku gi balik keje jer. Kalau ada race, wa pakai minyak lain (sambil tersengih kambing).
Aku: Haa...yelah. Pastu pasal ko tak pakai dah?
Pomen: Hujung bulan 10 tuh, aku saja la bukak head engine. Perghhh..dia punye carbon residue dia...tada ingat punya hitam dan melekat.
Aku: Amboi...parah tu bang.
Pomen: Memang pun. Naik hilang kan dia bukan takat gosok jer, mau kikis tuh.
Aku: ooooo...


Maka, terpikirlah aku. Kalau pomen boleh la suka-suka hati dia nak bukak head engine kasi cuci. Tapi kalau yg bukan pomen atau pomen buat pandai, apa cerita? Mana der orang bukak head engine sesuka dia jer? Apa jadi kalau kita pakai RON 95 nih selama setahun?

ishh...ni yang aku malas nih.


Razmin Razak
2 dec 2009

Monday, November 16, 2009

Up-A Feel Good Movie





I know most of us have already seen this movie, well me and my family just had the opportunity last weekend masa we all gagal mendapatkan tiket to see 2012 at MO due to the fact that on saturdays MBO is like KLCC. Parking susah nak dapat, beratur panjang nak ambik tiket, etc..etc.


So, geram punya pasal on my way back stop by my new favourite DVD parlour, bought a few of them and one of ot is Up. The movie which was actually released on the 29th May 2009 was actually for Raniya but me and my minik ended up watching it till the end pasal Raniya dah tido selepas yo-yo kelapa nak tengok cerita Up ittew.


The movie centers on the main character which is Carl Fredricksen, a shy and quiet young boy, meets an energetic and outgoing tomboy named Ellie, discovering they share the same interest in exploration as their hero, the famed explorer Charles F. Muntz. Ellie expresses her desire to move her clubhouse to Paradise Falls somewhere konon-kononnya in South America, a promise she makes Carl keep. Carl and Ellie got married and grow old together in the old house where they first met while making a living as a ballon vendor and a zookeeper. Unable to have children, they also try to save up for the trip to Paradise Falls, but other financial obligations arise. Just as they seem to finally be able to take their trip, Ellie passes away...leaving Carl a lonely and bitter old man with nothing to live for and missing his wife terribly. Cam sedih kan cerita nih? It started of like that actually. But, you just have to see it to feel it.


So, sapa yang belum pi tengok cerita nih, pi lah melawat peniaga DVD anda kerana wayang lama dah habih...




Razmin Razak

16 Nov 2009

Monday, November 2, 2009

Hati Seorang Ayah

1. Bagaimanakah perasan seorang ayah bila melihat anaknya seronok dan teruja melihat mainan orang lain?

2. Bagaimanakah perasaan seorang ayah bila melihat anaknya main ghumah2 bawah baby chair dia kerana akak-akak sedara dia ada toy house yg besar?

3. Bagaimanakah perasaan seorang ayah bila anak dia bila balik ghumah asyik ambik katalog Giant dan dok belek gambar basikal sambil berkata "nanti li beskal, yer?"

4. Bagaimana perasaan seorang ayah bila melihat baju-baju anaknya yg semakin kecik kerana dah makin membesar dan ada yg cam dah koyak ala-ala kisah Bersamamu?

5. Bagaimana perasaan seorang ayah bila melihat gambar-gambar anak orang lain yang sudah menaiki kapal terbang ke tempat-tempat yang ayahnya sendiri belum sampai?

6. Bagaimanakah perasaan seorang ayah bila bersembang dengan rakan sepejabat yang akan membawa anak-anak ke Zoo Singapore kerana anak dia suka tengok show kat sana?

7. Dan bagaimana perasaan seorang ayah bila melihat wallet nya dan melihat berapa yg perlu disimpan untuk sampai ke hujung bulan?


rintihan middle management, people

Thursday, October 15, 2009

The Name's Jack!

Aku ada sorang kawan yang boleh diconsider lama jugak. Mungkin tak selama rakan-rakan zaman sekolah dulu, tapi cukup lama untuk aku panggil kawan.

Seperti ramai rakan-rakan di zaman university dulu, lebih daripada separuh datangnya dari 'my leaf village friends', or lebih dikenali sebagai kelab kembara. Apa yg best sangat tah dengan geng nih, aku pun tak tau la. Nak kata hensem, not bad laa.... Nak kata ada awek-awek cun, pun not bad la...tapi ada tarikan tersendiri, yg maybe bermula dengan minat kepada alam sekitar.

Kembali pasal kawan aku, yg nama timangan nya ialah Jack! Senior aku, aku first semester, dia dah nak pencen dah, semester enam kot(kalau tak extend lah). First trip aku naik sesama dia ialah the toughest expedition ever for me (pasal first time aku main masuk hutan lelama nih) which is the Jelajah Titiwangsa which starts from Blue Valley kat Cameron Highlands and turun kat Ipoh(aku tak ingat dah specific).Total time frame kalau tak silap ingatan aku dalam 10-12 hari kot.


Memang kerek betui Jack nih, maklumlah senior. Ada member nak baca yassin, bole la dia nak tolong jadi cikgu (dengan gaya kerek tau). padahal masa tu pakai seluar pendek...huhuh. Pastu satu lagi kitorang bebudak junior nih hangin, dah la duduk atas gunung sejuk, makanan lak geng senior nih tersilap kiraan (tak cukup lak tuh!), depa boleh masak maggi senyap2 bila kitorang dah tido. Grr...geram sungguh....huhu.


3-4 tahun berlalu, dah makin kenal mamat nih, makin tau la sket-sket pasal dier. Dia memang kerek...heheh(sorry jack). Tapi dia tak sombong dan tak penah pun anggap dia senior ke apa ker. Sebenarnya, ramai yg dalam geng hutan rimba daun nih camtuh, takde lah istilah ko senior ker, ko junior ker.
Dalam tempoh kenal dia banyak lah projek yg kitorang join sesama dengan geng-geng lain walaupun dah habis belajar. Apa mau? Templer? Irau? Stong Ayam? Fraser Hill? Kawin Sen? Semua redah. Even masa dah keje pun we still keep in touch.


Tapi, bila ramai yang mula meninggalkan zaman bujang, dan tanggungjawab pada keluarga lebih penting, mula lah berenggang sket. Memang la kan..dah berkeluarga. Takkan nak dok lepak kat NZ sampai 2-3 pagi lagi sambil makan daging jerr...kan?

Lama giler dah tak jumpa mamat nih.



2-3 hari lepas, Alfian nak bagi kad kawin(akhirnya). Jack pun datang lunch kat office. Same old jack. Kerek tapi tadak sombong...hahah.


Ajak camping. Bila lagi yek? Semua dengan hala tuju masing-masing.

Ntah lah Jack....


p/s--ko nak pinjam bag aku boleh, tapi cam biasa aaa, leave something behind, ok?



Razmin Razak
17 Oct 2009



Saturday, October 10, 2009

Isn't It Fun Being A Kid

Sometimes you just wish you can be a kid again.
No need to think about work, utiliy bills, kenaikan harga minyak, kejatuhan saham dunia, keje sales tapi barang takder..huhu..i'm just rambling here.

You get my point here. If you don't, then just look at the pictures below. How much fun can one kid have with just a ball and a playground.

Location: Taman Tasik Ampang (sebelah MRR2 tuh)
Time: Tahun Ni Lah




Syoknya Main Gelongsor


One More Time, Mama!


Mama, Jom Main Bola La Pulak

Uihh..Apa Ada Kat Sana Tuh



Let's Go!

Razmin Razak
10 Oct 2009


Thursday, September 24, 2009

Time Flies By....

Every time i balik kampung, i feel that even though the scenary changes a bit here and there, but the people there changes a lot more. Not to say too much changes in terms of hospitality and kemesraan, but in terms of age. We still don't feel lost back in Sitiawan, still feel that we can go to any of those four clustered house and go to the dapur and make ourselves some tea and korek tin milo cari tempeyek or tat nenas.




Maybe because kita balik pun jarang-jarang, we feel that in a year our Pak Long's, Ayah Lang's Manap, Ayah Ngah, Pak Utih, Wan Endon, Wan Chu Aziah, Pak Chu Rahim, Pak Chu Azman, Wan Andak semuanya looks a bit older than we remembered, a bit more 'tired' then before. Perhaps that is what we call aging eh?



Opah pun dah lebih dari 7 tahun kot dah takde. From the picture below, the kids in the frontline have all grown up. The house, A100 pun still ada lagi kat Pasir Panjang Laut tuh. Just dah berubah tempat sket.





Anak-anak(sepupu-sepapat) pun dah makin besar and have their own big families( 1-5 kids of their own) which will obviously continue the spirit or ramai sedara-mara in the future for Raniya.





As for the wife, seperti biasa kita balik Rhasa, Ulu Yam jer dulu. Menziarah kubur ibunyer, and menziarah umah opah. Personally, i have to say that Opah has a lot of strength in staying there without assistance (by choice because takmoh duduk umah anak-anak, sapa nak bagi ayam, kucing aku makan?). But she is strong and calm. Moga panjang umur, bole tengok cicit-cicit dia membesar.



On a personal note, i remembered the time when we were kids, we just love Raya. Balik kampung, duit raya bla..blaa..bla. Tapi bila dah macam muda remaja, terasa raya is for kids and macam tak rasa bersungguh sangat. I dunno, tennage riot act kot.




But, once we start to mature, start to have your own kid, and start to realise that our elders and not getting younger, you would start to cherish our elders a bit more than we use to.



Selamat Hari Raya Ke-Lima





p/-s Last tuesday was Raniya's 2nd Birthday! Cepat wish...




Razmin Razak

24th Sept 2009








Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya

Gambar Tahun 2008

Kesempatan di ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yg terbaca blog nih, dan kalau ada salah dan silap yg mana disengaja ataupun tak disengajakan harap ampun dan maaf. Maklumlah, kita ni semua nya manusia.



Tahun ini seperti juga tahun lepas, tidaklah aku membuat 'open house' tapi semua dialu-alukan untuk datang beraya ke rumah kitorang pasal kitorang dah beli banyak kuih raya. Kalau tidak, kitorang terpaksa makan sendiri sampai boring...




p/s--Raniya juga akan celebrate birthday dia yg ke-2 pada hari raya ke-4 nih.